Pages

July 19, 2009

birthday..





birthday tahun ni adlh birthday yang terindah sepanjang aku bergelar seorang pelajar..
party kecik yang diorang buat membuatkan aku terharu..
aku susah untuk menangis tapi mereka membuatkan aku menangis..walaupun aku menyambutnya tanpa keluarga tapi aku rasa lengkap kerana bagi aku merekalah keluarga aku disini dan sampai bila2..

kepada kak mira, raza, ejey, zati, kak yna, anim, yan andlast but not least syafiq..thanx u for the surprise..aku hargainya..malah aku terlalu hargainya..kenangan ni takkan aku lupakan sepanjang hayat aku..

ejey,
patung rama2 biru tu, i will take good care of it..

Raza,
beb..teddy bear coklat tu akan jadi mber baik aku when you not around..
akan aku kongsi masalah aku ngan bear tu and akan aku peluknya whenever i miss u one day..

kak mira and zati,
jam tu akan aku pakai dan takkan terlepas dar pandangan aku sampai bila2 pun..

buat kak yna, anim and yan,
thanx u guys..
jadi tukang subahat..

for dearest syafiq,
thanx u sebab tolong jadi driver untuk diorang..

and for everyone...
thank u alot for the cake!!!!
i like it so much..

being 19..
i will always gonna remember this moment..and i will bring it along in every step that i will take in my life..and i will always granted you guys as the best friends that i ever had..hope our friendship will last forever and ever..hopefully...


July 14, 2009

boring

hari ni aku cuti..
dok kt dlm blik and siapkan assignmen ctu..
penat..
tak lama lagi dh nak puasa..
i wonder how it will be going??
hrmm..
back to work!!!



13 July 2009 06.00 pagi..

Hidup ni ada banyak pilihan..dan adakalanya kita bingung untuk mencari satu pilihan yang tepat.
Dugaan datang, pilihan hadir dan saat tersepit selalunya kita akan mencari jalan yang paling senang untuk lari dari segalanya.bila kita terlena, kita seakan2 tidak sedar bahawa dunia berputar, waktu tetap berjalan dan apabila kita terjaga kita merasakan kenyataan itu perit. Seolah2 kita ingin terus terlena diulit mimpi2 yang indah. Andai ditanya pada semua orang pastinya mereka akan memilih untuk berada dalam mimpi..kerana mimpi dan angan2 selalunya indah..

Aku kadang2 takut untuk menghadapi hari esok. Takut untuk tahu apakah kejutan buat aku hari itu. Tapi, setakut manapun aku, hidup harus aku teruskan. Dunia berputar, masa berjalan dan apabila kita hanyut waktu akan berlari meninggalkan kita jauh tanpa pernah menoleh lagi. Aku terfikir adakah apa yang aku pegang selama ini betul? Apakah tidak ada peluang kedua dalam hidup ini??? Saat aku kalah, aku ingin diberi peluang kedua itu tapi apakah dengan meminta peluang kedua aku sebenarnya member sekali lagi peluang untuk aku kalah dan jatuh??



July 10, 2009

hidup..

Andai semua orang tahu..

Andai aku tahu..

Apa yang akan terjadi pada hari esok..

Sudah pasti kehidupan ini adalah sia-sia..

Tiada lagi kejutan yang ada kalanya membuatkan kita tersenyum..

Dan ada kalanya kejutan itu akan membuatkan kita menangis..

Tapi itulah hakikat yang terpaksa kita terima…

Hidup tak lebih dari satu kejutan..

Kejutan yang menanti dalam setiap nafas dan perjalanan..

setiap bintang dilangit dirasakan indah..

setiap kali bulan muncul dirasakan nyaman dan senang..

setiap kali matahari memancarkan cahayanya..

saat itu dirasakan begitu asyik..

asyik dalam menanti hari esok yang pasti menimbulkan satu persatu kejutan..

tapi, lumrah manusia..

ada manusia yang tidak inginkan kejutan..

ada manusia yang takut untuk membuka mata setiap kali terlena..

mengapa??

Apakah kehidupan itu amat perit untuk ditempuh??

Atau adakah perasaan takut mengatasi segalanya??

Yang pasti..

Aku akan selalu menanti hari esok..

Kerana aku tahu esok pasti menjanjikan sesuatu buat aku..

biarpun sesuatu itu perit untuk ditempuh..

aku Cuma pasrah..

dan..

kalaupun esok adalah sesuatu yang indah..

aku juga cuma boleh bersyukur..

bersyukur kerana aku masih lagi bernafas dibumi bertuah ini..

aku boleh lagi melihat langit indah..

dan boleh menunggu kerdip bintang..