Pages

June 24, 2010

heart broken..


"i'll pray for u twice"..
lucu aku dgr ayt tu bila ianya dtg dr org yg selama ini tak sedar bhw ak tlh merasai apa yg dia rasa...
perasaan ditinggalkan dan ditipu oleh orang yang kita sayangi..Ya! aku telah merasai itu dan semuanya kerana dia...tanpa aku sedar aku menghukum diri aku dan juga aku menghukum dirinya kerana membuatkan aku merasai itu..aku mainkan persaannya hingga ke titik akhir kerana dihati aku tak pernah lupa akan apa yang dia lakukan...
dulu dia pernah menjadi sahabat baik aku walaupun aku tahu perasaannya tak pernah menganggap aku sbg teman...dan kerana aku menganggap dia sebagai sahabat, aku mempercayainya...apa yang dia katakan dan ucapkan aku anggap sebagai benar, tanpa aku tahu bahawa gara2 kepercayaan itu aku kehilangan orang yang aku sayangi..terima kasih padanya...
dan hari ini dia menginginkan aku untuk merasai betapa sakitnya perasaan ditinggalkan dan dipermainkan...
aku tahu bagaimana rasanya perasaan itu kerana aku sudah terbiasa...sakit..Ya! memang sakit sehingga suatu waktu aku seolah2 putus harapan dan aku menghukum diri aku atas kebodohan aku sendiri...
melayari kehidupan tanpa dirinya umpama aku meniti hari tanpa separuh dari diri...
air mata tak lagi menjadi peneman kerana air mata juga sudah penat bercucuran..
hari tak lagi seindah dulu..biarpun ditemani sahabat dan teman2 disisi tapi luka dihati tetap terasa pedih...
diri tak lagi seperti dulu...
aku berusaha menjadi aku yang baru kerana aku tak mahu terus menjadi orang yang lemah dan terluka...betapa sakitnya dada ini saat satu persatu kenangan datang menyapa walaupun semuanya sudah beberapa tahun berlalu....
dan hari ini aku sedar bahawa selama ini kau tak pernah tahu bahawa keranamu lah aku menjadi aku sekarang..
kau ingin aku merasai kesakitan itu tpi kau tak tahu bahawa orang yang mengerti betapa sakitnya hati dan perasaan saat kehilangan hanya aku...
dan semuanya kerana kamu...
hari ini tak ada lagi perasaan baik dihati...yang ada hanyalah perasaan yang ingin membunuh..
membunuh setiap kenangan yang telah aku cipta bersama kamu...
hanya ingin kamu tahu...aku tak lagi menyayangi dan selamanya aku takkan pernah menyayangi...




June 23, 2010

aku..


diari ni menyimpan bnyk cerita..
cerita antara aku dan dia...cerita antara persahabatan 2 insan..cerita tentang kehidupan...
diari ini telah lama aku tutup dan aku ingat aku takkan bukanya lagi kerana didalam diari ini tersimpan kenangan yang paling menyakitkan...penyesalan yang membuatkan segalanya berubah..
tapi hari ini diari ini aku buka..bukan kerana aku ingin mengimbau kembali setiap kenangan yang ada, tapi untuk mencoret buat kesekian kali tentang apa yang terjadi...saat diari ini dibuka satu persatu kenangan 2tahun dulu terbayang dimata..kenangan selama 2tahun yang aku simpan dan abadikan dalam setiap langkah perjalanan aku tanpa pernah sedetikpun aku terleka..
sudah beberapa kali aku cuba berbicara pada diri bahawa kenangan itu harus aku lupakan tapi perasaan itu begitu sukar untuk aku lepaskan dan aku sendiri hairan kenapa...begitu byk persoalan yang ada..begitu dalam perasaan yang aku rasa tapi tak siapa yang tahu...
sekali lagi airmata aku jatuh gara2 kenangan itu hingga membuatkan aku terlena...
kenapa aku harus mengenal dirinya??
kenapa aku harus menyayanginya??
dan kenapa aku harus kehilangan dia dalam hidup aku???
penyesalan yang tak pernah sudah menyeksa diri aku tanpa aku sedar aku telahpun menghukum diri aku selama 2tahun ini...
apakah akan ada jalan lain yang boleh aku tuju untuk aku melupakannya dan meninggalkan kenangan jauh sekali hingga saat aku ingin menoleh kenangan itu sudah tidak kelihatan???




June 21, 2010

21.11.09

Dunia ini adalah persinggahan sementara. Dan kerana ianya sementara lah kita harus mencorak dan menggunakan masa yang diberi dengan sebaiknya. Pertemuan dan perpisahan adalah satu takdir yang telah ditentukan. Adanya pertemuan dan perpisahan sebenarnya mengajar kita untuk menghargai apa yang kita miliki dan temui kerana walau pada mulanya kita merasakan apa yang ditemui itu bukan apa yang kita inginkan tetapi setelah ianya terpisah, kta akan merasa kehilangan yang teramat.

Perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang yang tak dapat dikongsi dan dibahagikan pada orang lain ialah tanggungjawab. Sebagai seorang manusia, kita diberikan tanggungjawab yang harus kita laksanakan dengan sebaiknya, biarpun ianya tidak sesempurna yang diinginkan. Setelah tanggungjawab ini memanggil, kita akan berada dalam situasi dimana kita tersepit antara kemahuan dan rasa tangungjawab itu sendiri, dan pada akhirnya jalan yang akan kita pilih adalah tanggunjawab.

Tanggungjawab sebenarnya mengajar seseorang untuk lebih mengerti kehidupan. Untuk lebih tahu apa yang dimaksudkan dengan beban dan peranan kita sebagai seorang yang sempura sifat dan kejadiannya. Ada kalanya kita harus mengorbankan sesuatu ang paling berharga dalm hidup kita kerana tanggungjawab memaksa kita untuk melakukan itu. Dan daripada itulah penyesalan datang menjenguk pintu hati kita membuatkan kita merasa bahawa keputusan itu adalah sesuatu yang mengarut.