Pages

June 21, 2010

21.11.09

Dunia ini adalah persinggahan sementara. Dan kerana ianya sementara lah kita harus mencorak dan menggunakan masa yang diberi dengan sebaiknya. Pertemuan dan perpisahan adalah satu takdir yang telah ditentukan. Adanya pertemuan dan perpisahan sebenarnya mengajar kita untuk menghargai apa yang kita miliki dan temui kerana walau pada mulanya kita merasakan apa yang ditemui itu bukan apa yang kita inginkan tetapi setelah ianya terpisah, kta akan merasa kehilangan yang teramat.

Perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang yang tak dapat dikongsi dan dibahagikan pada orang lain ialah tanggungjawab. Sebagai seorang manusia, kita diberikan tanggungjawab yang harus kita laksanakan dengan sebaiknya, biarpun ianya tidak sesempurna yang diinginkan. Setelah tanggungjawab ini memanggil, kita akan berada dalam situasi dimana kita tersepit antara kemahuan dan rasa tangungjawab itu sendiri, dan pada akhirnya jalan yang akan kita pilih adalah tanggunjawab.

Tanggungjawab sebenarnya mengajar seseorang untuk lebih mengerti kehidupan. Untuk lebih tahu apa yang dimaksudkan dengan beban dan peranan kita sebagai seorang yang sempura sifat dan kejadiannya. Ada kalanya kita harus mengorbankan sesuatu ang paling berharga dalm hidup kita kerana tanggungjawab memaksa kita untuk melakukan itu. Dan daripada itulah penyesalan datang menjenguk pintu hati kita membuatkan kita merasa bahawa keputusan itu adalah sesuatu yang mengarut.



No comments:

Post a Comment