Pages

May 27, 2009

KELUHAN


Ada kalanya aku tidak mengerti..aku tidak mengerti tentang perasaan sendiri..
"aku punya impian.." itulah ungkapan yang membuatkan aku terus berdiri walaupun hakikatnya aku ingin duduk dan lupakan semuanya..
hidup ini adalah perjuangan..
dan aku tekad aku takkan kalah dalam perjuangan ini..

aku dengar rintihan hatinya..

aku dengar luahan katanya..

aku faham perasaan jiwanya..

tapi malangnya aku hanya mampu mendengar dan mendengar..
kerana aku lemah dalam mencari penyelesaian...
aku ingin memberinya kebahagiaan duniawi...
aku tersangat ingin...
tapi..bagaimana caranya????
selama ini aku letakkan cita2 dan impian aku di tingkat paling atas hati ini
tanpa aku sedar masih ada lagi perkara yang harus aku lakukan..hurmmm..

sepatutnya aku mengimpikan tentang kebahagiaan orang yang telah berkorban segalanya untuk aku..
bukannya berfikir tentang perasaan dan impian sendiri..
aku ingin memberinya segala yang diimpikan..
segala yang diidamkan..segala yang termampu aku berikan..

dan sekarang..
"impian" itu bukan lagi matlamat pertama hidup aku..
matlamat aku yang utama adalah untuk menghadiahkan segala yang aku ada..
hanya untuk DIA...

-INFINITE ENIGMA-

KATA2

Kebiasaannya, manusia mulai belajar untuk menghargai sesuatu apabila mereka telah kehilangannya..Justeru, gunakanlah ruang,peluang dan masa sekarang sebelum ianya terlambat...
Dan, ingatlah!!hidup ini seperti satu perjuangan dan di dalam setiap perjuangan itu, akan menemui rintangan dan halanagan...Andainya kita kecundang, air mata bukanlah penyelesaian..kita harus bangkit kerana kesalahan pertama tidak bererti akan berulang kesalahan yang berikutnya...dan kita harus ingat tiada kebahagiaan tanpa sebarang penderitaan dan keimanan adalah pendinding dari segala kemungkaran...Dunia ini hanyalah tiga hari...iaitu hari yang telah berlalu maka tidak akan ada lagi kesempatan lagi di tangan kita sedikitpun dari hari tersebut...hari esok yang kita sendiri tidak dapat mengetahuinya entahkan dapat menemuinya atau tidak...dan hari disaat kita berada di dalamnya..oleh itu pergunakanlah hari itu dengan sebaiknya..


-INFINITE ENIGMA-

May 20, 2009

kisah lalu..


Perhubungan yang terjalin akhirnya putus juga..
memang aku sudah mengagaknya..hubungan ni takkan kekal lama..
hati aku bukan untuk dia walaupun berkali2 aku cuba untuk menganggapnya seseorang yang penting dalam hai aku..
jahat sangatkah aku???jahatkah aku jika aku melukainya??
memeri harapan dan akhirnya melukai dirinya??tapi, apakah dia terluka??

LELAKI!!!! bagi aku mereka tak mungkin boleh setia pada yang satu..(kecuali ayah dan abang2ku)..
dan kerana kepercayaan dan pendirian inilah aku merasakan bermain dengan mereka tidak aka meninggalkan kesan apa2 pun..
kecuali seoarang lelaki ini..lelaki yang aku sayang tapi dia juga tak setia!!!

Dah tiba masanya untuk aku berubah..aku b0leh hidup tanpa lelaki!!!selagi aku tak ketemu apa yang aku cari, selagi itulah aku takkan berpaling dari pendirin ini..
mungkin aku yan bersalah melukai hatinya tap bukan masanya lagi untuk aku mengakui itu...

May 19, 2009

impian


Semua orang punya takdir yang berbeza..begitu juga aku..
dan setiap orang juga ditakdirkan untuk punya nasib yang berbeza-beza..
nasib yang telah ditentukan tapi boleh diubah..
dan aku adalah orang yang akan mengubah nasib dari yang baik hinggalah ke lebih baik..

Bagi aku peluang kedua takkan pernah ada dan aku takkan pernah merayu untuk diberikan peluang kedua itu, tapi aku akan berusaha untuk mencipta peluang yang lain..

dan dari kerana itulah seiap peluang yang datang takkan aku sia-siakan..TAKKAN!!!!

Aku akan perjuangkan setiap peluang yang ada untuk aku mencapai impian dan cia-cita aku..

aku yakin kalau aku berusaha, pasti aku akan berjaya..aku ingin terbang jauh..biarpun aku terpaksa mengorbankan segalanya yang aku miliki demi impian itu, aku rela...


-INFINITE ENIGMA-
10:57pm

May 18, 2009

hidup..


Hidup ni kalau difikir dan diamati banyak hal yang membuatkan kita menyayangi kehidupan kita..
Seorang kawan pernah berkata...
"kalau ingin memilih teman hidup jangan tengok pada paras rupa
kerana ia boleh menghancurkan kita, dan jangan percaya pada puisi
dan kata2 kerana ianya bagaikan bisa yang meracuni fikiran kita seperti anai2
lambat laun hancurlah kita..pilihlah orang yang betul2 memahami kita.."

Mendalam maksudnya dan aku akan ingat pesanan dia ni..kehidupan harus diteruskan walau apa pun yang terjadi...Tuhan hanya akan memberi ujian kepada orang yang benar2 layak..
Walau harapan tak menjadi kenyataan,kita hana perlu redha dan pasrah..pasti akan ada jalan keluar yang lain...

-INFIITE ENIGMA-
11:47 pm