Pages

June 20, 2010

07.11.09..another thought..

Manusia ini aneh tapi menarik. Ugkapan itu selari dengan sikap dan sifat manusia yang pelbagai. Manusia yang luarannya Nampak baik itu adakalanya lebih bahaya dari manusia yang menunjukkan belang mereka tanpa berselindung. Kadang-kadang dendam itu penting dalam kehiidupan, kerana dendam kadang kala membawa seseorang itu kepada kehidupan yang bermatlamat. Biarpun asas permulaan kehidupan itu membawa kepada kehancuran, sekurang kurangnya ia membawa kepada hidup yang teratur.

Apakah manusia sememangya seiring dengan perasaan yang hanya ingin merosakkan orang lain dan memandang hina pada yang kurang? Apakah sebenarnya pengadilan itu harus dalam kehidupan? Apakah pengadilan dapat melindungi kehidupan seharian?

Hari berlalu tanpa pernah berpaling. Begitu juga dengan pertanyaan demi pertanyaan yang datang setiap kali bermula sesuatu hari. Setiap pertanyaan memerlukan jawapan, tapi apakah setiap persoalan ada jawapannya?



No comments:

Post a Comment