Pages

June 24, 2010

heart broken..


"i'll pray for u twice"..
lucu aku dgr ayt tu bila ianya dtg dr org yg selama ini tak sedar bhw ak tlh merasai apa yg dia rasa...
perasaan ditinggalkan dan ditipu oleh orang yang kita sayangi..Ya! aku telah merasai itu dan semuanya kerana dia...tanpa aku sedar aku menghukum diri aku dan juga aku menghukum dirinya kerana membuatkan aku merasai itu..aku mainkan persaannya hingga ke titik akhir kerana dihati aku tak pernah lupa akan apa yang dia lakukan...
dulu dia pernah menjadi sahabat baik aku walaupun aku tahu perasaannya tak pernah menganggap aku sbg teman...dan kerana aku menganggap dia sebagai sahabat, aku mempercayainya...apa yang dia katakan dan ucapkan aku anggap sebagai benar, tanpa aku tahu bahawa gara2 kepercayaan itu aku kehilangan orang yang aku sayangi..terima kasih padanya...
dan hari ini dia menginginkan aku untuk merasai betapa sakitnya perasaan ditinggalkan dan dipermainkan...
aku tahu bagaimana rasanya perasaan itu kerana aku sudah terbiasa...sakit..Ya! memang sakit sehingga suatu waktu aku seolah2 putus harapan dan aku menghukum diri aku atas kebodohan aku sendiri...
melayari kehidupan tanpa dirinya umpama aku meniti hari tanpa separuh dari diri...
air mata tak lagi menjadi peneman kerana air mata juga sudah penat bercucuran..
hari tak lagi seindah dulu..biarpun ditemani sahabat dan teman2 disisi tapi luka dihati tetap terasa pedih...
diri tak lagi seperti dulu...
aku berusaha menjadi aku yang baru kerana aku tak mahu terus menjadi orang yang lemah dan terluka...betapa sakitnya dada ini saat satu persatu kenangan datang menyapa walaupun semuanya sudah beberapa tahun berlalu....
dan hari ini aku sedar bahawa selama ini kau tak pernah tahu bahawa keranamu lah aku menjadi aku sekarang..
kau ingin aku merasai kesakitan itu tpi kau tak tahu bahawa orang yang mengerti betapa sakitnya hati dan perasaan saat kehilangan hanya aku...
dan semuanya kerana kamu...
hari ini tak ada lagi perasaan baik dihati...yang ada hanyalah perasaan yang ingin membunuh..
membunuh setiap kenangan yang telah aku cipta bersama kamu...
hanya ingin kamu tahu...aku tak lagi menyayangi dan selamanya aku takkan pernah menyayangi...




No comments:

Post a Comment