Pages

July 10, 2009

hidup..

Andai semua orang tahu..

Andai aku tahu..

Apa yang akan terjadi pada hari esok..

Sudah pasti kehidupan ini adalah sia-sia..

Tiada lagi kejutan yang ada kalanya membuatkan kita tersenyum..

Dan ada kalanya kejutan itu akan membuatkan kita menangis..

Tapi itulah hakikat yang terpaksa kita terima…

Hidup tak lebih dari satu kejutan..

Kejutan yang menanti dalam setiap nafas dan perjalanan..

setiap bintang dilangit dirasakan indah..

setiap kali bulan muncul dirasakan nyaman dan senang..

setiap kali matahari memancarkan cahayanya..

saat itu dirasakan begitu asyik..

asyik dalam menanti hari esok yang pasti menimbulkan satu persatu kejutan..

tapi, lumrah manusia..

ada manusia yang tidak inginkan kejutan..

ada manusia yang takut untuk membuka mata setiap kali terlena..

mengapa??

Apakah kehidupan itu amat perit untuk ditempuh??

Atau adakah perasaan takut mengatasi segalanya??

Yang pasti..

Aku akan selalu menanti hari esok..

Kerana aku tahu esok pasti menjanjikan sesuatu buat aku..

biarpun sesuatu itu perit untuk ditempuh..

aku Cuma pasrah..

dan..

kalaupun esok adalah sesuatu yang indah..

aku juga cuma boleh bersyukur..

bersyukur kerana aku masih lagi bernafas dibumi bertuah ini..

aku boleh lagi melihat langit indah..

dan boleh menunggu kerdip bintang..



No comments:

Post a Comment