Pages

July 14, 2009

13 July 2009 06.00 pagi..

Hidup ni ada banyak pilihan..dan adakalanya kita bingung untuk mencari satu pilihan yang tepat.
Dugaan datang, pilihan hadir dan saat tersepit selalunya kita akan mencari jalan yang paling senang untuk lari dari segalanya.bila kita terlena, kita seakan2 tidak sedar bahawa dunia berputar, waktu tetap berjalan dan apabila kita terjaga kita merasakan kenyataan itu perit. Seolah2 kita ingin terus terlena diulit mimpi2 yang indah. Andai ditanya pada semua orang pastinya mereka akan memilih untuk berada dalam mimpi..kerana mimpi dan angan2 selalunya indah..

Aku kadang2 takut untuk menghadapi hari esok. Takut untuk tahu apakah kejutan buat aku hari itu. Tapi, setakut manapun aku, hidup harus aku teruskan. Dunia berputar, masa berjalan dan apabila kita hanyut waktu akan berlari meninggalkan kita jauh tanpa pernah menoleh lagi. Aku terfikir adakah apa yang aku pegang selama ini betul? Apakah tidak ada peluang kedua dalam hidup ini??? Saat aku kalah, aku ingin diberi peluang kedua itu tapi apakah dengan meminta peluang kedua aku sebenarnya member sekali lagi peluang untuk aku kalah dan jatuh??



No comments:

Post a Comment