Pages

July 09, 2009

semester 2 -part 1-


Hari pertama semester ini..

Hari ni aku selamat sampai ke uitm dengan dihantar abah..
Sayu saat aku meninggalkan rumah..wajah ma,dan semua org..terutamanya zikri. Sepanjang cuti aku jaga dia, tidur dengan aku..berat rasanya nak tinggalkan dia.. tapi aku tahu perjuangan aku harus aku teruskan. Sedih saat abah tinggalkan aku disini.. abah tolong aku angkat beg dan itu yang membuat aku betul2 terharu…bagi aku abahlah yang terbaik..dia sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak2 dan aku amat menyayanginya..abah, terima kasih..
Perjuangan aku harus aku tempuh walau halangannya masih lagi kabur..mungkinkah dekan akan menjadi milik aku lagi?? Impian tu akan aku buktikan dan realisasikan. Aku takkan lupakan apa yang aku dah janji pada diri dendiri..
Semester ni aku harus berusaha dengan lebih gigih lagi dan cuba untuk menjadi yang terbaik untuk keluarga..
Aku ingin menjadi apa yang ma inginkan..insya Allah..semakin aku meningkat dewasa, aku berharap sinar itu akan datang agar suatu hari nanti aku mendapat orang yang akan membimbing aku kejalan yang diredhai dan agar suatu hari nanti aku selamat dudunia mahupun diakhirat..
INSYA ALLAH…

UiTM machang..
04 julai 2009
DO2 302



No comments:

Post a Comment