Pages

June 23, 2009

puisiku..

Aku ingin lari..

Lari mengejar cita-cita yang diimpikan..

Aku ingin terbang seperti burung..

Bebas meneroka dunia..

Jalan mencari arah dan tujuan sememangnya payah..

Halangan dan dugaan datang yanpa diundang..

Mencari dimana letakknya kebahagiaan..

Bukanlah perkara mudah..

Bayak perkara yang menjadi rintangan..

Banyak perkara yang dijadikan taruhan..

Tapi..

Aku tidak akan pernak peduli..

Akan halangan dan rintangan itu..

Impian yang aku garap..

Aku ingin realisasikan..

Lagu yang aku tulis..

Aku ingin nyanyikan..

Dan..

Dan kerana itu..

Aku sering meminta..

Dalam setiap bait doa..

Terselit harapan..

Harapan sebesar gunung..

Agar suatu hari nanti..

Doaku dikabulkan..

Harapanku bukan lagi angan-angan..

Aku ingin melihat langit

Tapi..setelah aku mendongak..

Hujan turun membasahi bumi..

Membuatkan aku terpejam..

Dan terus tunduk menangis..

Aku ingin melihat bintang..

Tapi sebaik aku membuka jendala..

Hanya langit gelap yang aku lihat..

Membuatkan aku sedih dan menangis..

Apakah impian aku juga begitu??

Srtiap kali aku ingin melangkah setapak..

Aku tersungkur di pertengahan..

Apakah menggapai impian harus ada pengorbanan??

Kalau itu yang menjadi taruhan..

Aku sanggup…

Jika itu yang boleh membuat aku berlari..

Jika itu membuatkan aku melihat langit..

Jika dengan itu aku boleh menggapai bintang..

Jika itu adalah hasil dari pengorbanan yang aku buat..

Aku sanggup..

No comments:

Post a Comment