Pages

October 07, 2010

who i am???

Macam2 terjadi sepanjang aku tak mencoret dalam lembaran ini..ada yang menyeronokkan tapi yang lebihnya perkara yang tidak membuat aku gembira. Kejadian yang membuatkan aku berfikir tentang diri sendiri..mungkin apa yang terjadi adalah berpunca dari aku sendiri hingga membuatkan ada yang berfikir negative tentang aku tapi jujur bukan itu niat aku.

Banyak perkara yang membuatkan aku letih dan lemah..dengan kerja yang tak pernah habis dan masalah yang tak pernah berhenti menjengah.. aku tak punya tempat untuk meluahkan rasa..aku sendiri dan saat aku ingin menangis, air mata seolah2 begitu mahal untuk dibazir. Apakah jalan yang terbaik adalah dengan berubah? Tidakkah itu dinamakan hipokrit? Aku ingin menjadi yang lebih baik dari hari ini tapi aku tak reti bagaimana untuk mula. Aku inginkan kehidupan yang lancar dan bahagia tapi sudah lumrah, dugaan dan ujian itu rencah dalam hidup. Tak lengkap rasanya andainya itu tiada.

Apa yang aku harapkan sekarang adalah aku cukup kuat untuk menempuhi perjalanan kini dan aku tidak terkandas dalam destinasi aku. Aku tak mahu kalah dengan keadaan..walau apa pun yang terjadi aku takkan kalah..aku ingin sentiasa menjadi orang yang menang dalam kehidupan yang aku tempuh kerana hanya itulah kekuatan aku.

Airmata, jangan kau tumpah tanpa izin aku..

Hati, jangan cuba berserah biar apa yang terjadi

Diri, kuatkanlah semangatmu

Agar suatu waktu kejayaan itu hadir dan aku bisa tersenyum



No comments:

Post a Comment