Pages

September 14, 2010

cinta????

definasi cinta itu berbeza mengikut kefahaman individu itu sendiri... ada yg mntfsirkan cinta itu indah dan ada pula sbaliknya...bagi diri aku sendiri, cinta itu adalah sesuatu yang besar.. aku malas untuk memikirkan tentang erti cinta kerana bagi aku makna itu akan datang dengan sendirinya saat kita merasakan cinta itu sendiri...suatu waktu dulu, aku pernah melakukan kesilapan dalam mentafsirkan cinta itu..aku salah dalam memahami kehendak diri sendiri tentang kehadiran cinta hinggakan aku merasakan kesannya hingga ke hari ini...sebetulnya aku masih lagi belum layak untuk bercerita tentang cinta kerana aku baru belajar untuk bertatih dalam dunia ini..masih banyak yang aku perlu tahu, yang aku perlu lalui untuk aku benar2 mengerti tentang perkataan keramat itu..

tapi, aku dikelilingi oleh orang2 yang mengajar aku tentang cinta secara langsung mahupun tidak langsung..terima kasih untuk itu..kerana mereka, aku semakin mengerti tentang semuanya..ada yang bahagia dengan cinta mereka, ada yang pernah terluka dengan cinta dan ada juga yang masih mencari cinta itu sendiri...fitrah manusia itu berpasangan hinggakan bila kita dengar ada orang yang tak punya pasangan zaman kini, mereka akan merasa aneh..

kejadian ini terjadi pada 1syawal dimana saudaraku datang berbisik padaku sebelum mereka pulang selepas mengenyangkan perut masing2...memang suatu kewajipan, pada 1syawal semuanya akan berkumpul di 1tempat...waktu tu akan fikir dia akan bagitau.."kalau nak duet raye kne dtg umh..", tp apa yang diucapkan adalah sesuatu yang diluar kebiasan.." dah ada gewe ke belum?"..patutlah abang aku yang duduk kat sblh aku tergelak..(sblm tu, dia dah pg bisik kat abg ak..) lawak punya soalan...hahaha...

dan semalm mak saudara aku yang agak rapat gak ngan family kitorang pon cakap cam tu gak kat aku.."ni mesti dh ada gewe ni..", and bila ak ckp xde, muka dia brubah...plik ke klu ak xde sape2 ag???!!!hrmm...dorang ni mmg...

ada waktunya aku terasa agak sunyi tanpa pasangan tapi, aku masih lagi tak mampu untuk membiarkan hati ini disakiti lagi kerana luka dulu masih lagi berdarah..andainya aku dilukai lagi, aku takut aku takkan mampu untuk berdiri..jadi lebih baik aku sendirian...walaupun kadang2 aku cemburu denga teman2 yang bahagia dengan cinta mereka, namun aku sempat tersedar dan kembali kealam nyata...itu mereka, bukan AKU!! itulah ayat yang sering membangunkan aku dari mimpi aku...




No comments:

Post a Comment