Pages

July 02, 2010

sayonara...


esk,everything will be back to normal..
esok aku akan berada dalam kalangan orang yang sibuk mengejar apa yang mereka inginkan...
esok aku akan kembali menjadi seorang pelajar yang sentiasa mengejar cita2nya..
segala apa yang tertanam akan dibuka sekali lagi hinggalah aku mendapat apa yang aku inginkan..
buat teman2, tak sabar rasanya utk say "hello" bila bertemu esk..
buat family ku..bai2..tapi i'll be back..hahhaha..

perjalanan aku masih panjang..jalan yang dituju masih lagi jauh..
aku perlu menempuh pelbagai lagi halangan dan rintangan untuk aku sampai ke destinasi yang aku tetapkan...
hati masih perlu kekuatan untuk berjuang demi masa depan..
minda masih lagi perlu bekerja kuat..
kehidupan masih lagi memerlukan pengorbanan...
kata orang, untuk mendapatkan sesuatu yang berharga, kita perlu mengorbankan sesuatu yang berharga..
dulu, aku tak percaya itu..tapi sekarang aku mulai sedar dan perlahan2 hati aku menerima ungkapan itu..
ya!! kita perlu mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu..

apa agaknya yang akan terjadi lima tahun dari sekarang??
adakah aku tetap aku..
atau aku menjadi orang lain??
adakah aku akan memiliki apa yang impikan selama ini??
atau aku akan terus tenggelam dengan mimpi dan angan2 sendiri??
adakah aku akan memiliki kebahagian yang aku idamkan??
atau kebahagian itu akan semakin hari semakin jauh dari aku??

tak sabar rasanya untuk tahu apa yang akan terjadi nanti..
tapi, hidup adalah pilihan..
semuanya ditangan aku sama ada aku ingin hidup dan menjadikan mimpi aku satu kenyataan..
atau aku memilih untuk terus hidup dalam mimipi aku sndiri..
semuanya di tangan aku kerana aku yang memilih..
jalan hidup aku sendiri...



No comments:

Post a Comment