Pages

June 18, 2009

diari hati..

dulu..
setiap perkara yang terjadi dalam hidup aku akan aku tulis diatas kertas putih..
hanya itu sajalah teman yang paling akrab buat aku..
segala masalah, beban yang aku rasakan berat ubtuk aku pikul sendirian akan aku coretkan dalam sebuah buku yang menjadi peneman aku yang paling setia..

Diari..

diari itulah yang menyimpan segala-galanya..
dan di diari itu jugalah aku mencurahkan setiap rasa yang aku rasa..
aku kira setelah hampir 2 tahun aku dan dia putus aku boleh melenyapkan dia dalam hati aku..
sudah terlalu banyak puisi dan kata-kata yang aku cipta hanya untuk aku merawat diri aku sendiri..
tapi aku tidak boleh menipu diri sendiri..
rasa sakit itu tetap ada dan masih lagi terasa seakan perpisahan terjadi semalam..
dia kini bahagia dengan hidupnya bersama orang baru..

tapi aku??

masih lagi tersangkut dalam kenangan yang menyakitkan..
aku ingin melihatnya sekali lagi..
itu kenyataannya..
tapi aku sendiri tak yakin adakah aku sekuat itu??
bersemuka 4mata, tersenyum seakan2 semuanya tidak pernah terjadi..
aku tertanya2 sampai bila harus aku menangisi kenyataan yang telahpun terjadi??
sampai bila harus aku simpan dirinya dihati ini???
aku ingin membuangnya jauh2 dari hati ini tapi aku tak berdaya..
aku cuba tapi dia terlalu utuh dihati ini..
dan kerana kelukaan semalam aku melukai setiap lelaki yang hadir selepas itu..
bukan aku sengaja tapi itulah kenyataan..

aku punya satu hati..

dan hati yang satu ini telahpun dimiliki..
walaupun empunya telah hilang menjauh..
aku benar2 berharap dan berdoa agar akan ada sinar baru dalam hidup ini..
akan hadir seseorang yang boleh menghilangkan semuanya ini..
aku benar2 berharap agar suatu hari nanti aku berupaya untuk melupainya..
seperti dia yang sudahpun melupai aku..

No comments:

Post a Comment