Pages

June 18, 2009

coretan sebuah cheritera

"happy ending"..
hanyalah sebuah penghujung cerita dalam setiap kisah dongeng..
hakikatnya tiada istilah itu dalam kamus kehidupan aku..
aku jatuh cinta pada seorang insan yang tak pernah mengerti erti sebenar perkataan "CINTA"..
dalam dunianya hanya ada keseronokkan..
tapi bagi aku mengenalinya membuatkan aku banyak belajar mengenai hidup..
makna sebenar tentang hidup..
kerana dia, aku mula mengrti bahawa dalam kehidupan ini kita tidak boleh percaya pada orang yang luarannya nampak manis tapi, hakikatnya..hatinya tidaklah seindah luarannya..

kerana dia jugalah aku mula menghargai apa yang aku miliki sekarang..
jangan pernah tinggalkannya untuk sesuatu yang baru..
mencintainya satu keindahan bagiku..
aku ingin melakukan segalanya untuk dia..
mencintai dia sepenuh hati aku..
aku pernah berkata padanya..
"cukuplah sekadar aku yang menyayangi kerana menyayanginya membuatkan aku bahagia"

tapi kini, aku sedar jika hanya aku yang memberinya cinta takkan membuatkan aku bahagia..
aku bina terlalu banyak harapan bersamanya..
mengukir janji yang aku tahu takkan pernah akan jadi kenyataan..

andai aku diberi kesempatan untuk bertanya padanya..
ingin sekali aku bertanya kenapa??
adakah cintanya tak pernah ada buat aku??
setelah aku memberinya sepenuh hati aku, masih tiada lagi cinta untuk aku..
aku lukakan hati orang yang telah banyak mengajar aku kehidupan,
orang yang selama ini berada disamping aku walau apa keadaan sekalipun..
orang yang telah berjajni akan menyayangi aku seadanya..
aku lukakan hatinya!! tapi untuk siapa??
untuk orang yang tidak pernak kenal erti pengorbanan!!

aku sedar bahawa "hidup berlandaskan mimpi dan impian" hanya akan membelai kita dan seterusnya hanyut bersama mimpi itu..
aku mulai tahu aku harus bengkit berdiri tegap dan buktikan pada dia bahawa aku masih boleh bahagia walaupun tanpa dia disisi..
aku ingin bangun dan berkata mencintainya satu kesalahan terbesar dalam hati ini..
aku ingin dia tahu masih ramai lagi yang menyayangi aku dan berada disamping aku..
aku ingin buktikan padanya aku mampu bangun dari kejatuhan dan kehancuran hati ini..

No comments:

Post a Comment