Pages

June 13, 2009

catatanku..


kenapa hidup ni tak seindah yang diimpikan??
kenapa setiap bahagia harus ada derita??
hati bertanya adakah bahagia dan derita itu berpasangan??

kenapa ada orang yang hanya pandai menghukum tanpa mereka sedari menghukum hanya terletak pada kuasa Tuhan Yang Maha Agung???

kenapa ada manusia yang tidak pernah mahu berfikir biarpun untuk sejenak??
menyedari bahawa setiap dari kita punya kekurangan yang nyata mahupun kabur??
mereka hanya pandai menghina tanpa mereka sedari Tuhan sedang melihat dan mendengar..
betapa ceteknya pemikiran orang yang sebegini..
adakah mereka tak pernah berfikir apa yang akan terjadi pada hari esok??
dimana kedudukan kita disisi Pencipta pada hari esok dan hari-hari seterusnya??

manusia yang hidupnya sering bahagia tidak akan pernah tahu bagaimana rasanya kedukaaan..

tanpa mereka tahu bahawa bahagia dan derita itu adalah berpasangan..
dimana ada bahagia derita pasti akan ada!!

hidup ini rumit..
rumit bagi mereka yang benar-benar mencari kebahagiaan yang abadi..
tanpa kita tahu, kita sering berfikir dan dan mencipta dunia yang hanya milik kita..
biarpun pada akhirnya kita tersedar itu hanya angan-angan..

dan aku...

hanyalah insan biasa yang ingin melewati hari-hariku dengan aman..
mencipta kenangan yang terindah untuk dijadikan memori sepanjang hidup ni..
tapi mereka tidak memberiku pilihan..
mereka bukan siapa-siapa buat aku..
mereka bukan teman mahupun sahabat..
kerana mereka hanya berfikir tentang mereka dan perasaan mereka sendiri..
andai aku punya pilihan..
aku ingin lari jauh dari kehidupan yang begini...
tapi Tuhan tidak memberikan aku pilihan yang aku impikan..

June 11, 2009

happy


HAHAHA!!!ari ni adalah ari yang ckup bahagia wat aku..aku dpt pointer tggi untuk sem ni...3.67!!!terror...xsia2 aku blajar slama ni...smpai xtdo mlam..
tai pd akhirnyer semuanyer
berbaloi...aku akan pastikan sem dpn aku akan ulang kejayaan yang sama..insya allah..
ari ni aku bersyukur sgt pd Yang Kuasa...

June 08, 2009

whatever

dalam hdup ni ada banyak ikatan..
ikatan yang paling utuh adalah ikatan keluarga..
tapi ada yang mungkin tidak sedar bahawa ada satu lagi ikayan yang sangat indah..
ikatan persahabatan..

tapi..

semakin aku meningkat..
semakin jauh aku melangkah..

aku merasakan aku semakn jauh dengan mereka..
aku semakin jauh dengan impian itu..
mereka aku anggap sebagai teman yang paling aku sayang..


tapi sekarang..

aku perlu sedar dimana letaknya aku di hati mereka..
saat aku membuat keputusan itu..
aku seharusnya tahu itulah kali terakhir aku mereka anggap sebagai sahabat..
tiada lagi kenangan yang boleh aku cipta bersama mereka..
semakin jauh haluan yang ingin aku tuju, semakin jauh aku ditinggalkan..
tapi walau apa pun aku yakin dan pasti akan satu hal..
biar apa pun mereka tetap aku anggap sebagai sahabat..

terima kasih kerana kalian hadir dalam kehidupan aku dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku..
kalian takkan aku lupakan..
tapi kenyataan harus aku terima walau ianya amat pahit untuk aku telan..
kenyataannya aku sudah luput dihati kalian..
tapi, ketahuilah kalian takkan pernah akan aku lupakan

selamanya....


semoga kalian berbahagia..
aku akan sentiasa doakan kalian walaupun dari jauh..

June 02, 2009

hrmm...

keramaian...
Bagi sesetengah orang itu adalah sesuatu yang bagus...
tapi tidak bagi aku...aku malah membenci apa yang dinamakan keramaian...
bagi aku cukuplah ada aku dan orang2 yang selama ini dekat dengan aku..
aku tau kita harus berusaha untuk menerimanya..tapi jujur aku benar2 tidak menyukainya..
hrmmm..entahlah..mungkin suatu hari nanti au akan cuba untuk menerimanya tapi yang jelas dan yang pasti bukan sekarang..aku rimas!!!

May 27, 2009

KELUHAN


Ada kalanya aku tidak mengerti..aku tidak mengerti tentang perasaan sendiri..
"aku punya impian.." itulah ungkapan yang membuatkan aku terus berdiri walaupun hakikatnya aku ingin duduk dan lupakan semuanya..
hidup ini adalah perjuangan..
dan aku tekad aku takkan kalah dalam perjuangan ini..

aku dengar rintihan hatinya..

aku dengar luahan katanya..

aku faham perasaan jiwanya..

tapi malangnya aku hanya mampu mendengar dan mendengar..
kerana aku lemah dalam mencari penyelesaian...
aku ingin memberinya kebahagiaan duniawi...
aku tersangat ingin...
tapi..bagaimana caranya????
selama ini aku letakkan cita2 dan impian aku di tingkat paling atas hati ini
tanpa aku sedar masih ada lagi perkara yang harus aku lakukan..hurmmm..

sepatutnya aku mengimpikan tentang kebahagiaan orang yang telah berkorban segalanya untuk aku..
bukannya berfikir tentang perasaan dan impian sendiri..
aku ingin memberinya segala yang diimpikan..
segala yang diidamkan..segala yang termampu aku berikan..

dan sekarang..
"impian" itu bukan lagi matlamat pertama hidup aku..
matlamat aku yang utama adalah untuk menghadiahkan segala yang aku ada..
hanya untuk DIA...

-INFINITE ENIGMA-