Pages

May 07, 2011

happy mother's day

Assalamualaikum.

first of all.Happy Mother's Day.diucapkan kepada ibu-ibu tersayang diseluruh dunia.dan kepada Mrs Mama ku juga.Selamat hari ibu,Ma.hrmm.tahun ni agak berbeza sedikit dari tahun-tahun yang laen.apa bezanya?haha.tahun ni saya tak bagi pun kad selamat kat Mrs Mama.kerana saya terlupa akan tarikhnya.buat Mama.i'm sorry.

kitorang satu family plan nak celebrate lusa.sebab seme ada.so.apa-apa hal kita tinggal tunggu dan lihat saja.

entry ni jom kita sama-sama cakap pasal Ratu hati kita.bagi saya sendiri.Mrs mama adalah segalanya.kalau boleh.saya nak bagi satu dunia ni kat mama saya.sebab.kerana beliau lah.saya jadi seperti saya hari ini.saya hairan kenapa ada segelintir dari kita tidak pandai menghargai jasa dan pengorbanan ibu?kenapa mereka sanggup menghancurkan hati wanita mulia yang digelar ibu itu?dimana letaknya kesedaran diri?tanpa mereka,kita takkan ada di atas muka bumi ciptaan Yang Maha Esa ini.

buat mama.

terima kasih.atas curahan kasih dan sayang.yang tak pernah kering dan gersang.terima kasih kerana sanggup menjadi lilin yang membakar diri demi sebuah kehidupan.terima kasih kerana tak pernah jemu dalam mendidik dan membina.anakmu ini akan buta kalau tanpa cahayamu.anakmu ini berjanji.setiap jasa yang dicurah.setiap peluh yang menitik.setiap mutiara jernih yang gugur.akan dibalas dengan sebuah kejayaan.agar mama tahu.anakmu ini tak pernah lupa dan leka dalam mengingat setiap jasamu.agar mama bisa tersenyum puas kerana melihat pengorbananmu selama ini bukanlah sia-sia.terima kasih mama.

No comments:

Post a Comment