Pages

July 25, 2010

pandangan dari seorang insan...

hidup ni kadang2 menakutkan kerana kita tak tahu apa yang terjadi pada hari esok..adakah apa yang menunggu adalah sesuatu yang akan memberikan senyuman atau membuatkan kita menangis?? aku suka akan satu baris kata yang membuatkan aku sedar dan tahu bahawa masa depan adalah milik kita.."we still dont know what the future might be, but what happen in the past cannot be change"..benar!!! apa yang terjadi pada masa lalu takkan boleh diubah tapi, masa depan adalah milik sendiri..

masa depan adalah satu2 nya milik kita..kerana apa yang akan terjadi pada masa depan adalah bergantung pada apa yang kita lakukan hari ini..perjalanan menuju masa depan yang menjanjikan sesuatu yang indah biasanya penuh dengan cabaran dan rintangan kerana untuk mendapatkan sesuatu yang besar, pengorbanan yang perlu dibuat juga harus besar..

ada orang yang takut untuk menghadapi masa depan..oleh itu mereka sering meminta agar hari esok takkan menjengah..apabila mereka terlena, mereke mengharapkan agar suria takkan menyinar..dan orang itu adalah aku..tapi itu dulu...dulunya, aku takut menghadapi masa depan..aku takut menghadapi dunia hari ini kerana aku merasakan bahawa dunia ini bukan untuk aku..aku mencipta dunia sendiri dan aku bermimpi untuk berada didunia itu..dunia dimana segalanya indah..dunia dimana mimpi tak lagi hanya satu angan2 tapi ianya realiti yang membuatkan aku tersenyum..

tapi, dunia itu akan hilang saat aku membuka mata..sebab itu, aku pernah berharap agar aku akan terus lelap bersama dunia aku..masa berlalu dan aku sedar bahawa aku kini bukanlah anak kecil yang menangis bila terjatuh..aku adalah seorang dewasa yang perlu tahu diri..aku harus bangun menghadapi dunia ini kerana inilah realiti yang harus aku tempuh..

sakit dan luka, aku sendiri yang harus tanggung kerana itulah lumrah..perasaan itu sebenarnya asam garam kehidupan..anehnya manusia tak pernah puas dengan apa yang ada..mereka sering meminta dan terus meminta hingga satu tahap, tiada lagi yang boleh diberi biarpun berkali mereka merayu..

manusia juga tak akan terpisah dengan perasaan yang pelbagai kerana perasaan itulah yang menentukan siapa kita..baik dan buruk kita terletak pada perasaan..dan perasaan itu lahir dari hati.. jadi, kesimpulannya, semuanya berpunca dari hati...putih hitamnya hati mencerminkan siapa kita...



No comments:

Post a Comment