
19 july 2010..
12:00am..
HAPPY BIRTHDAY to me icah…u are 20 now…
Hehehe..hari ni adalah hari lahir aku yang ke-20..sedar xsedar dh 20thun aku diberi peluang untuk hidup di atas dunia yang indah ini..byk benda yang terjadi sepanjang hidup aku yang mana menjadikan aku semakin tabah dan semakin mengerti dengan lebih lagi erti kehidupan sebenar..untuk wish aku tahun ini senang tapi memakan masa yang agak lama untuk melakukan itu..hari ini adalah hari yang terakhir aku akan bercerita malah mengingati dia kerana my wish untuk tahun ni adalah to completely forget everything about him..aku tahu bukan senang untuk melakukan itu tapi itulah yang terbaik…dulu, sewaktu aku mengenalinya seolah2 aku hidup hanya untuk dia..aku hidup hanya untuk menyayangi dia..walau hati dan perasaan tersekasa kerana menyintainya tapi aku bahagia dan tak pernah ada penyesalan untuk itu, malah aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk mengenali siapa dia..
Aku jujur menyayangi dia tapi, kerana takdir tertulis aku kehilangan dia dalam hidup aku..betapa hari2 aku tanpa dia terasa sangat susah..kehilangan dia membuatkan aku merasa bagaimana sakitnya terasa kehilangan..aku menjadi orang lain dan aku menghukum semua orang kerana itu..tapi, yang paling penting, aku menghukum diri sendiri kerana itu..hari2 yang berlalu, tak pnh sedikitpun aku melupakan dia..aku tak pernah melupakan dia kerana hanya kenangan yang membuatkan aku terus kuat..hinggalah 2tahun berlalu..2 tahun berlalu dan aku tidak pernah lupa untuk mengingati dia walau aku tahu dia sudahpun melupakan aku sepenuhnya..
Tapi, aku senang kerana aku sudah mampu untuk tersenyum dan aku berterima kasih kerana dia memberikan aku kenangan…aku fikir dia tidak akan pernah kembali lagi dalam perjalanan hidup aku tapi dia tetap hadir..mungkin salah aku kerana aku cuba untuk melangkah masuk dalam hidup dia dan terus mengganggunya..maafkan aku untuk itu..tapi, aku tahu sekarang semua itu hanya akan menyakitkan aku..
Aku tak ingin terus terluka tanpa kau tahu dan terus hidup dalam angan2 kosong yang akhirnya akan menyakitkan aku..sudah terlalu lama aku menyimpan perasaan ini dan hari ini adalah hari yang terbaik untuk aku melepaskan kau pergi kerana baru aku sedar dengan melepaskanmu, aku akan tenang…
Terima kasih kerana pernah hadir dalam diari hidup aku walau untuk sekejap dan memberikan kenangan terindah untuk aku kenang..mengenalimu adalah sesuatu yang aku banggakan, menjadi sebahagian dari hidupmu membuatkan aku istimewa dan melepaskanmu membuatkan aku sedar, dunia ini sememangnya adil…walau aku ingin kau ada dalam setiap langkah perjalanan hidup aku, tapi aku orang yang tahu diri bahawa kenyataan hidup aku takkan pernah bisa memilikimu…hadiah yang terbaik untuk ulang tahun ini adalah melepaskanmu pergi jauh dari aku…Selamat tinggal kenangan….

No comments:
Post a Comment