16 july 2010
11:05am
Sejak akhir2 ni hati aku tak penah aman..byk benda yang aku kena fikir..soal study, soal hidup dan soal masa dpn..akhir2 ni dia baek sgt ngan aku..aku rasa tak tnteram walau hati aku menyukainya..aku tak ingin hati aku tersilap anggap kebaikan dia..aku sendiri tak pasti kenapa dia buat mcm tu tp, klu boleh aku tak ingin dia terlalu baek dengan aku..adakah dia sedar dengan apa yang dia buat??dia memberi aku harapan tapi dia tak memberi aku pilihan..aku ingin melupakannya..ingin sekali aku melupakan dia sebagai cinta hati aku..aku tahu dalam hati aku dia berada ditangga teratas selepas keluarga dan teman..malah dia berada diatas dari diri aku sendiri..aku ingin dia berada di depan aku tapi, aku harus mengawal perasaan ini kerana aku tak mahu terus hidup dalam titian yang rapuh..aku harap masa memberi aku penawar yang paling baek untuk aku melupakannya dan suatu hari nanti aku boleh menerima bahawa dia bukan untuk aku dan saat itu aku boleh tersenyum bangga..
Aku sendiri keliru dengan hati dan perasaan aku dan seringkali bertanya..kenapa aku terlalu menyayanginya??kenapa dia begitu istimewa??kenapa sukar untuk aku melupakannya??kenapa dan kenapa….
Hati ini sangat sakit saat aku mengenangnya..saat aku memikirkannya..hati ini terlalu sakit hinggakan kadang2 aku terasa sangat lemah..aku tak pasti sama ada dia tahu aku menyayanginya atau tidak..tapi aku tahu dia melupakan aku..dia melupakan segalanya tentang aku sedangkan aku masih lagi mengingati setiap perkara tentangnya..
Aku tak ingin menjadi aku yang dulu kerana sakitnya tak tertanggung..aku tak ingin dia ada dalam masa depan aku walau hati benar2 ingin kerana andai perkara dulu terjadi aku sendiri tak tahu apa yang akan terjadi pada diri aku nanti..biarlah aku melepaskannya kerana hanya itu caranya untuk aku tenang..
July 17, 2010
decision
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment