kenapa hidup ni tak seindah yang diimpikan??
kenapa setiap bahagia harus ada derita??
hati bertanya adakah bahagia dan derita itu berpasangan??
kenapa ada orang yang hanya pandai menghukum tanpa mereka sedari menghukum hanya terletak pada kuasa Tuhan Yang Maha Agung???
kenapa ada manusia yang tidak pernah mahu berfikir biarpun untuk sejenak??
menyedari bahawa setiap dari kita punya kekurangan yang nyata mahupun kabur??
mereka hanya pandai menghina tanpa mereka sedari Tuhan sedang melihat dan mendengar..
betapa ceteknya pemikiran orang yang sebegini..
adakah mereka tak pernah berfikir apa yang akan terjadi pada hari esok??
dimana kedudukan kita disisi Pencipta pada hari esok dan hari-hari seterusnya??
manusia yang hidupnya sering bahagia tidak akan pernah tahu bagaimana rasanya kedukaaan..
tanpa mereka tahu bahawa bahagia dan derita itu adalah berpasangan..
dimana ada bahagia derita pasti akan ada!!
hidup ini rumit..
rumit bagi mereka yang benar-benar mencari kebahagiaan yang abadi..
tanpa kita tahu, kita sering berfikir dan dan mencipta dunia yang hanya milik kita..
biarpun pada akhirnya kita tersedar itu hanya angan-angan..
dan aku...
hanyalah insan biasa yang ingin melewati hari-hariku dengan aman..
mencipta kenangan yang terindah untuk dijadikan memori sepanjang hidup ni..
tapi mereka tidak memberiku pilihan..
mereka bukan siapa-siapa buat aku..
mereka bukan teman mahupun sahabat..
kerana mereka hanya berfikir tentang mereka dan perasaan mereka sendiri..
andai aku punya pilihan..
aku ingin lari jauh dari kehidupan yang begini...
tapi Tuhan tidak memberikan aku pilihan yang aku impikan..
June 13, 2009
catatanku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment