Hidup ni ada banyak pilihan..dan adakalanya kita bingung untuk mencari satu pilihan yang tepat.
Dugaan datang, pilihan hadir dan saat tersepit selalunya kita akan mencari jalan yang paling senang untuk lari dari segalanya.bila kita terlena, kita seakan2 tidak sedar bahawa dunia berputar, waktu tetap berjalan dan apabila kita terjaga kita merasakan kenyataan itu perit. Seolah2 kita ingin terus terlena diulit mimpi2 yang indah. Andai ditanya pada semua orang pastinya mereka akan memilih untuk berada dalam mimpi..kerana mimpi dan angan2 selalunya indah..
Aku kadang2 takut untuk menghadapi hari esok. Takut untuk tahu apakah kejutan buat aku hari itu. Tapi, setakut manapun aku, hidup harus aku teruskan. Dunia berputar, masa berjalan dan apabila kita hanyut waktu akan berlari meninggalkan kita jauh tanpa pernah menoleh lagi. Aku terfikir adakah apa yang aku pegang selama ini betul? Apakah tidak ada peluang kedua dalam hidup ini??? Saat aku kalah, aku ingin diberi peluang kedua itu tapi apakah dengan meminta peluang kedua aku sebenarnya member sekali lagi peluang untuk aku kalah dan jatuh??
July 14, 2009
13 July 2009 06.00 pagi..
July 10, 2009
hidup..
Andai semua orang tahu..
Andai aku tahu..
Apa yang akan terjadi pada hari esok..
Sudah pasti kehidupan ini adalah sia-sia..
Tiada lagi kejutan yang ada kalanya membuatkan kita tersenyum..
Dan ada kalanya kejutan itu akan membuatkan kita menangis..
Tapi itulah hakikat yang terpaksa kita terima…
Hidup tak lebih dari satu kejutan..
Kejutan yang menanti dalam setiap nafas dan perjalanan..
setiap bintang dilangit dirasakan indah..
setiap kali bulan muncul dirasakan nyaman dan senang..
setiap kali matahari memancarkan cahayanya..
saat itu dirasakan begitu asyik..
asyik dalam menanti hari esok yang pasti menimbulkan satu persatu kejutan..
tapi, lumrah manusia..
ada manusia yang tidak inginkan kejutan..
ada manusia yang takut untuk membuka mata setiap kali terlena..
mengapa??
Apakah kehidupan itu amat perit untuk ditempuh??
Atau adakah perasaan takut mengatasi segalanya??
Yang pasti..
Aku akan selalu menanti hari esok..
Kerana aku tahu esok pasti menjanjikan sesuatu buat aku..
biarpun sesuatu itu perit untuk ditempuh..
aku Cuma pasrah..
dan..
kalaupun esok adalah sesuatu yang indah..
aku juga cuma boleh bersyukur..
bersyukur kerana aku masih lagi bernafas dibumi bertuah ini..
aku boleh lagi melihat langit indah..
dan boleh menunggu kerdip bintang..
July 09, 2009
part 4

Hari ni mmg hari yang letih..ptg td ada koko JPA..huh!!letih bangat..semalam tak sempat aku nak mencoret tapi yang pasti setiap hari yang aku lalui mesti ada sesuatu yang aku boleh jadikannya satu memori sepanjang aku disini. Semalam aku apply utk biasiswa JPA. Harap2 boleh..xde lah terbeban sgt dengan hutang nanti..(hehehe)..
Kak mira bercadang nak tukar kampus..Tak seronoknyer..aku nak semua member2 aku belajar dan gred sama2..ejey kata kak mira rasa rendah diri coz kitorang semua dapat dekan..kitorang tak kisah langsung pasal halt u..and she shouldn’t be also. Aku betul2 berharap kak mira akan tukar fikirannya.
Esok aku balik umah..nak settle yang tak settle lagi..kalau ikutkan hati aku sebenarnya tak mahu balik..bukan apa tapi aku rasa macam menyusahkan plak..nani mesti kena datang hantar aku lagi..hrmmm..
Uitm machang
DO2 302
09.01pm
08.07.09
part 3

Hari ni macam biasa..pg klas blik kls and pg klas blk..tak ada apa sebenarnya hari ni just ada 3 klas and ke3-tiganya aku dah knl lecturer. Untuk subjek ctu151, lecturernyer ok tapi sem ni tak membolehkan aku untuk tdo..hehhe..subjek imd152, encik Zul our KP and for the bel subjek, miss Ain, boleh tahan la dia tapi not as gud as miss atirah..miss, we mis u a lot!!
Rabu ni klu tak de ape2 ak blik..nk settle mslh ejey ngan laptopnyer and aku nk install Microsoft frontpage.masa subjek 152 td, en Zul lmbat msuk, so smpat la gak dok borak2 ngan faiz..dia ad cerita psl kak yah.. kesian kak yah.. apasal diorang nak judge orang just by look from the fizikal jer?? Tak adil btul. Ap2 hal yang dia buat pun kita sebagai sahabat support la..anyway..sorry kak yah..
Ok lah..tu jer untuk ari ni..nak gi mndi and makan plak..hehhehe..
5.54pm
Uitm machang
Do2 302
06 julai 2009