ini aku (akubintangcancer)...
ini plak my worldbesties ever dr kiri : kak chik, long, ngah) ---->
ni my worldcutest lil' niece ~lurve her very much eventhough i always bullied her~
(^,^)AYIE
<----the most handsome nephew..
ini aku (akubintangcancer)...
ini plak my worldbesties ever dr kiri : kak chik, long, ngah) ---->
ni my worldcutest lil' niece ~lurve her very much eventhough i always bullied her~
(^,^)AYIE
<----the most handsome nephew..

pd sape2 yg tau bahasa matahari terbit ni, cnfirm tau ungkapan kat ats..aku tak mau bercerita tntang ungkapan itu..cukuplah hanya aku and org2 tertentu saje yg tau..
kadang2 kite blh jd baek and ada kalanya kite kena jd jahat...jahat tuh bukanlah maksudnye bunoh org ke, isap dadah ke...tp jht dr segi mmpertahankan hak kite..sbbnyer setiap owg ada hak masing2 kan??
tak salah untuk melukai..klau tak sngaja..even klau sngajapun psti ada sbb munasabah knp owg tuh wat cam tuh and sbg manusia biasa..kite kne memaafkan...
bak kate pepatah "sedangkan Nabi ampunkan umatnya.."
tp pasti ada sesetengah manusia kat luar tu akan jawab..
"aku bukan Nabi"
mmg la kite bukan Nabi tp tak salahkan klau kite ikot sifat terpuji Baginda?
and bg owg yg pndai buat salah tuh pndai2 la mengucapkan MAAF..xrugi pom merendahkan ego kite sedikit untuk memohon maaf..mengakui kesalahan tuh benda baek what???
say " I'm sorry is better than not say anything"
wlau apapun salah kite, kite kna mengakuinya sbb setiap orang prnh melakukan kesalahan..sama ada besar atau kecik sekali atau berkali2..tp apa yang penting kite sedar dari terus melakukan kesilapan itu...
So, for those yang harus memohon maaf..pohonlah..
and
for those who should forgive..forgive and smile..
this time ak nk citer psl bondaku..Wan Asiah binti Arifin..beliau seorang wanita yg ak kagum..idola ak dlm mncorak msa dpn..beliau seorang isteri, ibu, dan wanita yg smpurna di mata ak..sebab beliau ak mnjadi spt ak ari ni..terima kasih mama..
nk djadikan kisah, msa ak blik umh khamis lps, ak dihadiahkn sehelai blaus merah ikan..haha..very cute and da most important is its from my mummy...ak sdr mama wat cam tu sbb mama nk ecah brubah..ak xkte ak xelok..but she wants the best and she wants me to become a better woman..
"bju tu ok x??nti blh pkai nk g mne2 ke..laen x jgn pkai bju sngkat2, ktat2..xelok..abah dh tgor dh.."
"nk pkai yg longgar xdop la ma..dh gmok skang.."
"klu xdop bli la.."
"xdop duet la ma nk bli.."
haha..tu cra bondaku nk tgur klu ad smting yg xsdp mata beliau memandang..slama ni pom ak bknnyer pkai bju bdk umr 5thn..just long sleeve n jeans..tu jer..tp bese la bju zmn skang mne ad yg labuh dh.. she wants her daughter looks like a real woman...ibu mne yg xnk anak dia jd anak solehah kn??bondaku bkn ap cma tkot ak trjebak dgn prubahn n prkembngan masa..thats why she protect me..
maybe bg sesetengah org, klu mak dorang msk + dlm urusn dorang, mmg bngang giler kn?? xdfikan ak pom dlu cam tuh..but now things change..ak prulakan mamaku utk ak mncorak diri ak and apa yg ak tau she will always gonna be there whenever i need her around..
mama,
just want u to know you are the greatest thing that ALLAH gives to me.. i maybe hurt you but i didn't mean it..ecah nk mama tau yg ecah jnji ecah akn jd someone yg mama nk..and ecah akan jd anak pompuan mama yg da best..besides Ella...hahaha..tq mama for always be there for me..
mama, i promise u i will become someone that u want me to become..because I LOVE YOU SO MUCH..
Hanya untuk 1 kemaafan, segalanya pasti akan dilakukan oleh setiap insan yang ikhlas untuk mendapatkannya. Namun apakah sebuah kemaafan itu begitu besar nilainya hinggakan harga diri dan juga masa depan yang dipertaruhkan? Mmg btul, kemaafan itu besar nilainya tapi ianya tidak sebesar harga diri setiap insan. Kenapa kata maaf itu harus ada? Dan kenapa penyesalan itu harus hadir? Setiap dari kita punya masa lalu dan juga kesilapan. Dan kenapa apabila penyesalan itu hadir, ianya hadir bersama pengorbanan? Tak terbayang dek hati bagaimana perasaan saat harga diri dipermainkan. Ketika maruah keluarga diletak di tangga paling bawah. Ketika orang tersayang menjadi taruhan. Ingin menjerit pada dunia “Mereka tak bersalah. Kenapa mereka harus dihukum?” apakah kesilapan lalu begitu besar hinggakan dendam itu menuntut pembelaan bukan hanya pada diri tapi juga pada yang lain?
Percaya atau tidak dendam itu racun. Racun yang membunuh setiap hati yang dulunya putih. Racun yang membunuh setiap perasaan yang dulunya indah. Dendam juga adalah racun yang membunuh siapa kita. Namun, apakah perasaan itu harus dipersalahkan? Mungkin perasaan itu wujud saat hati begitu pedih menelan sebuah kenyataan.
Dan aku percaya, apa juga, pasti akan sembuh dengan waktu. Kerana setiap insan akan kalah dengan waktu. Kalau kini, apa yang diharapkan adalah sebuah kemaafan, tak pasti perasaan akan tetap ada saat waktu berdetik meninggalkan hari. Mungkin kita akan pasrah walaupun pasrah itu adalah menyerah. Mungkin juga perasaan itu akan tetap disitu, tapi tak sekuat dulu kerana manusia berjalan seiring waktu. Kita berjalan mencari masa depan yang diharapkan. Dan yang pasti tiada insan yang ingin tetap berada ditempat yang sama tanpa berubah. Semuanya akan berkejaran menggapai sesuatu dalam kehidupan. Apa yang terjadi dulu akan dianggap sebagai pengajaran. Dan kemaafan hanya tinggal kemaafan yang tak mungkin digapai. Itulah hakikat sebuah kehidupan.
Dalam hidup ni ada banyak perkara yang kita sering menyesal. Dan penyesalan itu hadir saat kita melangkah kealam dewasa. Apakah perasaan itu biasa atau itu hanyalah imbasan dari kesilapan dulu yang menuntut kita mengingati kembali betapa jahilnya kita dalam menilai hati sendiri? Apakah kemaafan itu terlalu besar nilainya? Kalau ya bererti setiap dari manusia yang melakukan salah harus bayar dengan nilai yang sangat besar hanya untuk sebuah kemaafan.
Satu kisah yang terjadi pada seseorang yang benar2 menuntut sebuah pengorbanan demi satu kemaafan. Seseorang yang dulunya hanya inginkan satu kepuasan dalam permainan hidup akhirnya jatuh dalam permainan yang dibina sendiri dan kini dia terikat dalam satu takdir yang menuntut satu kemaafan dari seseorang yang bergelar sahabat. Walau penyesalan itu lewat hadir dalam hatinya namun ianya tetap hadir. Apa yang perlu dia lakukan Cuma satu, ucapan kata “ya” dari seseorang yang telah tergores hatinya bukan sekali tapi berkali hati itu terluka.
Baru kini dia sedar kasihnya sahabat itu ikhlas tanpa paksaan dan kepalsuan namun semua itu tiada lagi gunanya..walau berkali dia menjerit dan meraung minta sahabat itu dikembalikan namun akibat dari kesilapan lalu, sahabat itu pergi dan takkan pernah kembali lagi.
Cuma satu yang perlu dia lakukan kini, pohon kemaafan setulusnya dan berharap agar sahabat itu menemui kebahagiaan yang dicari selama ini kerana dia tak bisa memberikan kebahagiaan itu. Yang ada Cuma penyesalan dan keperitan. Dia hanya berharap agar dia dilupakan dari ingatan sahabat itu. Dia dilupakan sebagai orang yang telah memberikan parut luka yang amat dalam.
“Carilah orang yang boleh memberikan kebahagiaan dan boleh menyayangi sepenuhnya bukanlah orang yang hanya mampu melukai.”
Itu yang ingin sekali dia ungkapan pada sahabatnya itu. Walau dia ingin sekali mengungkapkan itu dan meleraikan kembali segala janji yang pernah terucap dulu.. hanya itu…