Pages

October 16, 2010

menjelangnya esok


<------ tgk pada pic ni pom dh tau apa yg akan ditulis pd coretan pada kali ni..hahaha...takut!!!

bukan takut pada sesiapa pun tapi takut pada test PC esok...seriusly, aku mmg takut (ak rasa seme mmber2 aku pom cam tu gak..hehehe)...

esok bersamaan dengan 16/10/10 ada test PC kat dewan..tp kitorang xprepare ap2 pom..sbg contoh, ak n rumate ak smpat lg lyn movie "TINKERBELL", pdhal satu ap pom x cover ag..

nk study terasa malas...otak kata "tidurlah...." tapi hati kata "jangan!!!!"...cofius la...
tp ak mmg berasa sgt malas tahap melampau dh ni...kalau ikut kata perasaan, mau aje ak beradu di atas katil, tp memikirkan ttg esok, terasa TAKUT la plak....isyh!!!! pening2...

ap2 pom kite tggulah apa yg akal terjadi esok yer... TO ALL MY MEMBERS ISD4IB, selamat maju jaya lah diucapkan...kalau yer pon nk bwk masuk "TOYOL", agak2 la past kat org blkang, dpn, tepi knan, tepi kiri yer...tak baek kalau kdekut ilmu...HAHAHA...

ALONG, ANGAH, ACHIK....udah2 la dgn "TOYOL" tuh..dorang pon nk rest gak..

MY RUMATES > study la kamu sblm tido yer...huhhuhuh



October 14, 2010

aku dan mereka.....







mereka yang membuatkan aku menghargai kehidupan aku!!!










hari ini...


Sedar tak sedar semester ni dah nk melabuhkan tirainya yang agak labuh tuh…huh!!!
Byk perkara yang jadi pd aku spjg semester ni..antaranya ialah:

1- Ak tkar grup laen for da first time setelah 3sem
2- Dpt brada dlm kelompok new friends
3- Assignment yang smakin berlambak dan menyerabutkan kepala
4- Masalah rumah dan tanggan yang semakin mencabar naluri aku


Dan yang paling seronok adalah kenangan dan pengalamn yg begitu bermakna untuk aku simpan dalam kotak memori ak..

Sem ni seriously aku byk maen2 n langung xserius..sbg cntoh kalau ad kuiz o test, bukan study pom…dpt mrkh tinggi hanya krn prtolongan “toyo”..hahhaha..

Tapi, dah lumrah kan, happy dan sedih tuh berpasangan..kalau hari ni kita heppi, esok lusa mesti kita sedih..sem ni byk jugaklah mslh yang datang menjengah..kadang2 tu mslh nyer mmg mencabar la..tp, redha jelah..

Harap2 sem depan menjanjikan sesuatu yang lebih baek dari yang ada sebelum ni..




October 07, 2010

who i am???

Macam2 terjadi sepanjang aku tak mencoret dalam lembaran ini..ada yang menyeronokkan tapi yang lebihnya perkara yang tidak membuat aku gembira. Kejadian yang membuatkan aku berfikir tentang diri sendiri..mungkin apa yang terjadi adalah berpunca dari aku sendiri hingga membuatkan ada yang berfikir negative tentang aku tapi jujur bukan itu niat aku.

Banyak perkara yang membuatkan aku letih dan lemah..dengan kerja yang tak pernah habis dan masalah yang tak pernah berhenti menjengah.. aku tak punya tempat untuk meluahkan rasa..aku sendiri dan saat aku ingin menangis, air mata seolah2 begitu mahal untuk dibazir. Apakah jalan yang terbaik adalah dengan berubah? Tidakkah itu dinamakan hipokrit? Aku ingin menjadi yang lebih baik dari hari ini tapi aku tak reti bagaimana untuk mula. Aku inginkan kehidupan yang lancar dan bahagia tapi sudah lumrah, dugaan dan ujian itu rencah dalam hidup. Tak lengkap rasanya andainya itu tiada.

Apa yang aku harapkan sekarang adalah aku cukup kuat untuk menempuhi perjalanan kini dan aku tidak terkandas dalam destinasi aku. Aku tak mahu kalah dengan keadaan..walau apa pun yang terjadi aku takkan kalah..aku ingin sentiasa menjadi orang yang menang dalam kehidupan yang aku tempuh kerana hanya itulah kekuatan aku.

Airmata, jangan kau tumpah tanpa izin aku..

Hati, jangan cuba berserah biar apa yang terjadi

Diri, kuatkanlah semangatmu

Agar suatu waktu kejayaan itu hadir dan aku bisa tersenyum