Pages

October 07, 2010

who i am???

Macam2 terjadi sepanjang aku tak mencoret dalam lembaran ini..ada yang menyeronokkan tapi yang lebihnya perkara yang tidak membuat aku gembira. Kejadian yang membuatkan aku berfikir tentang diri sendiri..mungkin apa yang terjadi adalah berpunca dari aku sendiri hingga membuatkan ada yang berfikir negative tentang aku tapi jujur bukan itu niat aku.

Banyak perkara yang membuatkan aku letih dan lemah..dengan kerja yang tak pernah habis dan masalah yang tak pernah berhenti menjengah.. aku tak punya tempat untuk meluahkan rasa..aku sendiri dan saat aku ingin menangis, air mata seolah2 begitu mahal untuk dibazir. Apakah jalan yang terbaik adalah dengan berubah? Tidakkah itu dinamakan hipokrit? Aku ingin menjadi yang lebih baik dari hari ini tapi aku tak reti bagaimana untuk mula. Aku inginkan kehidupan yang lancar dan bahagia tapi sudah lumrah, dugaan dan ujian itu rencah dalam hidup. Tak lengkap rasanya andainya itu tiada.

Apa yang aku harapkan sekarang adalah aku cukup kuat untuk menempuhi perjalanan kini dan aku tidak terkandas dalam destinasi aku. Aku tak mahu kalah dengan keadaan..walau apa pun yang terjadi aku takkan kalah..aku ingin sentiasa menjadi orang yang menang dalam kehidupan yang aku tempuh kerana hanya itulah kekuatan aku.

Airmata, jangan kau tumpah tanpa izin aku..

Hati, jangan cuba berserah biar apa yang terjadi

Diri, kuatkanlah semangatmu

Agar suatu waktu kejayaan itu hadir dan aku bisa tersenyum



September 16, 2010

what will the future brings???

mgikut pndangan aku, skrg ni byk siri cerita baru yg ditayangkan adlh brkenaan dgn CINTA??? famous kah perkataan itu sehinggakan ramai yang mengagungkannya??? Opss..jgn slh anggap aku tak suka, cuma aku rasa pelik dan tertanya knp..sebetulnya aku mengagumi orang yang telah menjumpai cinta mereka..tak kesah lah maksud cinta itu apa tapi, aku kagum dengan golongan ini..mereka bahagia dengan cinta mereka..

tp, aku bukan ingin bercerita tentang cinta tp lbh kpd masa depan..

dh lama aku fikir tentang ni.." apa yang akan jadi pd ak andainya masa depan yang menanti aku kelak bukan seperti yang aku inginkan?".." adakah aku mampu untuk menempuhinya dengan redha?".. "apa mungkin semua orang juga berfikiran seperti aku?? atau hanya aku yang memikirkan sesuatu yang tak sepatutnya difikirkan??.. berkali aku katakan pada diri sendiri bhw aku takut untuk menghadapi masa depan tp, setakut manapun aku, ianya tetap datang..selangkah demi selangkah..mendekat dan mendekat...

ada satu pepatah "jadilah seperti berlian didalam bekas kaca"..cantik pada pandangan orang..namun sukar disentuh..apakah aku mampu untuk menjadi seperti itu kelak?? aku ingin menjadi seperti seseorang yang aku kagumi..dimana aku, dia sempurna..tiada cacat celanya..

sejujurnya aku takut utk melangkah kerana aku takut tersungkur sebelum sampai ke destinasi aku..aku takut dengan apa yang menanti aku didepan..adakah ianya sesuatu yang baek, ataupun sebaliknya??




September 14, 2010

cinta????

definasi cinta itu berbeza mengikut kefahaman individu itu sendiri... ada yg mntfsirkan cinta itu indah dan ada pula sbaliknya...bagi diri aku sendiri, cinta itu adalah sesuatu yang besar.. aku malas untuk memikirkan tentang erti cinta kerana bagi aku makna itu akan datang dengan sendirinya saat kita merasakan cinta itu sendiri...suatu waktu dulu, aku pernah melakukan kesilapan dalam mentafsirkan cinta itu..aku salah dalam memahami kehendak diri sendiri tentang kehadiran cinta hinggakan aku merasakan kesannya hingga ke hari ini...sebetulnya aku masih lagi belum layak untuk bercerita tentang cinta kerana aku baru belajar untuk bertatih dalam dunia ini..masih banyak yang aku perlu tahu, yang aku perlu lalui untuk aku benar2 mengerti tentang perkataan keramat itu..

tapi, aku dikelilingi oleh orang2 yang mengajar aku tentang cinta secara langsung mahupun tidak langsung..terima kasih untuk itu..kerana mereka, aku semakin mengerti tentang semuanya..ada yang bahagia dengan cinta mereka, ada yang pernah terluka dengan cinta dan ada juga yang masih mencari cinta itu sendiri...fitrah manusia itu berpasangan hinggakan bila kita dengar ada orang yang tak punya pasangan zaman kini, mereka akan merasa aneh..

kejadian ini terjadi pada 1syawal dimana saudaraku datang berbisik padaku sebelum mereka pulang selepas mengenyangkan perut masing2...memang suatu kewajipan, pada 1syawal semuanya akan berkumpul di 1tempat...waktu tu akan fikir dia akan bagitau.."kalau nak duet raye kne dtg umh..", tp apa yang diucapkan adalah sesuatu yang diluar kebiasan.." dah ada gewe ke belum?"..patutlah abang aku yang duduk kat sblh aku tergelak..(sblm tu, dia dah pg bisik kat abg ak..) lawak punya soalan...hahaha...

dan semalm mak saudara aku yang agak rapat gak ngan family kitorang pon cakap cam tu gak kat aku.."ni mesti dh ada gewe ni..", and bila ak ckp xde, muka dia brubah...plik ke klu ak xde sape2 ag???!!!hrmm...dorang ni mmg...

ada waktunya aku terasa agak sunyi tanpa pasangan tapi, aku masih lagi tak mampu untuk membiarkan hati ini disakiti lagi kerana luka dulu masih lagi berdarah..andainya aku dilukai lagi, aku takut aku takkan mampu untuk berdiri..jadi lebih baik aku sendirian...walaupun kadang2 aku cemburu denga teman2 yang bahagia dengan cinta mereka, namun aku sempat tersedar dan kembali kealam nyata...itu mereka, bukan AKU!! itulah ayat yang sering membangunkan aku dari mimpi aku...




September 09, 2010

menjelangnya hari raya....

hari ni last day umat islam puasa...ramadhan semakin menampakkan tirainya dan syawal yang ditunggu akan menjelma....hooorrrayyy...kat umh aku dr 1st puasa lagi rsanya dh dgr bunyi mercun...overexcited nk raya pdhal puasa pon blm tntu ckup...hahahaa.....

cam besa la klu umh ak, time2 cam ni mmg agak bz nk wat preparation...basuh sarung kusion( last week), tukar langsir (blm lagi)...anf byk lagilah..ditambah pulak dgn all the family are here, so brtambah++ la ke meriahan raya...(slalunyer pon mmg cam ni..hahaha)...

my lil' sist bru jer smpai pg ni...KAH3..slalunyer die yg mnunggu yg laen blik but, this year...yg laen tggu die..tp, apa2 pun, everyones here.. starting from today, masing2 membahagikan tugas msing2..and as for my nephews and nieces, kerja dorang wak kcau and gaduh sesama dorang and lets da adults blabering...aaaaahhhhh!!!!!

for last preparation, pg ni ak and my lovely mommy nk gi shopping ckit, nak mencukupkan apa yang tak ckup...actually, ak pon xtau apa lagi yg tak cukup...tp my mom bgtau yg nk pginyer abg aku..nk pg bli songkok bcoz songgkok "anuar ibrahim" dia hilang tanpa jejak...so, nk gi cri laen la tuh..sbr jelah...

aku pon sbnrnyer ad krja gak..nk g ambik baju raya yg dh agak lama la gak cyap, tp bru skrang blh g ambik bcoz kete masuk bengkel...so, trbabtut la prgerakn ak..

heheheh...so, the updates the night before raya will be continue malam ni, tu pon klu smpat la nk online...hahahaha



September 07, 2010

educational person vs not so educate person= SAME

orang ni mmg plik..nm jer blaja sampai masuk u tp pmikiran same jer cam org yg xde ilmu...aku gram dgn sikap orang2 sekeliling aku yang agak BODOH dalam mentafsirkan pemikiran sendiri...takkah BODOH nmnyer klu kite ikut nasihat org bodo?? dalam hidup ni macam2 ragam yg ada..

aku nekad bahawa aku TAKKAN JADI ORANG YANG BODOH ITU!!!! bagi aku dalam dunia ni tak akan ada yang lebih aku utamakan dari MA DAN ABAH aku..kerana mereka adalah nadi kehidupan aku..klu dorang tak ade, bererti aku pun takkan ada and everything will not exist... tapi ada jugak segelintir ank yang sanggup mengutuk dan memperkecilkan orang tua dorang depan orang lain...tak salahkan klu aku cakap orang yang begini adalah ANAK YANG TAK MENGENANG BUDI!!!

walau apapun yang terjadi mereka (IBU AYAH) ttp no1 dalam hati kita.. klu x diajar pon aku rase semua tahu kenyataan itu..

pasti ada sebab kenapa mereka lakukan sesuatu perkara..mne ada mak ayah yang tak sayang anak dorang..kecuali la mak bapak yang tak tahu hukum hakam...even haiwan pom syg anak2 nyer...

aku mmg sakit hati dengan orang yang macam ni..sepatutnya orang yang begini tak sepatutnya hidup atas bumi ciptaan Tuhan ni...

above all my dream, yang paling utama ialah aku nak bahagiakan ma abah aku dan bagi everything yang dorang tak dapat lagi...(even aku tgk dorang dh achieve apa dorang nak skrang)..hehehe...aku nak banggakan dorang dan balas balik budi dorang walaupun seumur hidup aku tak mampu nk balas....

P/S--->

to those yang diatas cuma 1 aku nak bagitau...
GO TO HELL la!!