Pages

August 23, 2010

i.m STUPID...

Because I’m too stupid

I have no one besides you

You, who is looking at someone else

Don’t you know how I felt?

There isn’t me in your days

And not even having any remembrance

Me, who is looking st your back

You still don’t know how I feel

In the end, you go past me

In the days where I miss you so much and I endured the pain

I love you whirls near my mouth

Crying for you and missing you alone yet again

I always waiting for you

I’m looking at you whom I’m yearning for

Making the memories on my own

Love is like a beautiful wound to me

Even when I see your beautiful smile

I am unable to laugh with you

In the days where I think of you a lot

And in the days where my heart cold and sad

Never say goodbye

Though I am unable to hold you like the way I want

I need you, but I am unable to say anything

I want you and I wish for it again and again


August 17, 2010

sayu..

dia out of my life!!

brkali aku bicara pada diri sendiri..

dan pada saat tu jugak la terasa seluruh ruang hati sakit namun aku gagahkan diri..

hanya dengan ungkapan itu yg mmbolehkan aku untuk sedar dari mimpi aku yang sia-sia..

sdh berkali2 aku terjatuh namun aku masih lagi tetap mahu melangkah..

akhirnya aku jatuh dan kali ini aku terluka..

parah dan pedih..

hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya kerana tak siapa yang mampu untuk tahu..

tapi, sedikitpun aku tak pernah menyesal..

kerana dia, aku punyai kenangan terindah..aku punya sesuatu yang menjadi milik aku..

walau aku terluka tapi, aku puas...

aku puas kerana aku bukanlah orang yang mudah berpaling dari kegagalan..



August 16, 2010

ramadhan dtg lagi!!!!

Alhamdulillah..ramadhan tahun ni dtg lagi..masuk hari ni dh hari yg ke-6 umat islam berpuasa..puasa aku pom ckup lagi stakat ni..hahahah..yg best ttg puasa biaselah, ada bazar yg melimpah ruah mknannyer..sbut ajer nk makan apa, everythim ada..
bulan ramadhan ni gak adlh bulan yg pling mulia antra bulan..klu nk tingkatkan ibadah and nk bntuk jati diri agr lbih kuat, bulan ni lah masanyer.. dugaan mmg byk..antranya, mengalami keletihan apbila terpksa kekelas..hahaha..xtvt harian pon trbantut ckit..tak leh nak nakal2...kah3..

tp, despite everythim above..gnjaran yg kita dpat mstilah brbaloi dgn apa yg kita rasa kn, so..tak perlulah cari alasan becos of puasa, itu xblh ini xblh..hahhah..

to all my besties.. selamat berpuasa diucapkan...




July 25, 2010

pandangan dari seorang insan...

hidup ni kadang2 menakutkan kerana kita tak tahu apa yang terjadi pada hari esok..adakah apa yang menunggu adalah sesuatu yang akan memberikan senyuman atau membuatkan kita menangis?? aku suka akan satu baris kata yang membuatkan aku sedar dan tahu bahawa masa depan adalah milik kita.."we still dont know what the future might be, but what happen in the past cannot be change"..benar!!! apa yang terjadi pada masa lalu takkan boleh diubah tapi, masa depan adalah milik sendiri..

masa depan adalah satu2 nya milik kita..kerana apa yang akan terjadi pada masa depan adalah bergantung pada apa yang kita lakukan hari ini..perjalanan menuju masa depan yang menjanjikan sesuatu yang indah biasanya penuh dengan cabaran dan rintangan kerana untuk mendapatkan sesuatu yang besar, pengorbanan yang perlu dibuat juga harus besar..

ada orang yang takut untuk menghadapi masa depan..oleh itu mereka sering meminta agar hari esok takkan menjengah..apabila mereka terlena, mereke mengharapkan agar suria takkan menyinar..dan orang itu adalah aku..tapi itu dulu...dulunya, aku takut menghadapi masa depan..aku takut menghadapi dunia hari ini kerana aku merasakan bahawa dunia ini bukan untuk aku..aku mencipta dunia sendiri dan aku bermimpi untuk berada didunia itu..dunia dimana segalanya indah..dunia dimana mimpi tak lagi hanya satu angan2 tapi ianya realiti yang membuatkan aku tersenyum..

tapi, dunia itu akan hilang saat aku membuka mata..sebab itu, aku pernah berharap agar aku akan terus lelap bersama dunia aku..masa berlalu dan aku sedar bahawa aku kini bukanlah anak kecil yang menangis bila terjatuh..aku adalah seorang dewasa yang perlu tahu diri..aku harus bangun menghadapi dunia ini kerana inilah realiti yang harus aku tempuh..

sakit dan luka, aku sendiri yang harus tanggung kerana itulah lumrah..perasaan itu sebenarnya asam garam kehidupan..anehnya manusia tak pernah puas dengan apa yang ada..mereka sering meminta dan terus meminta hingga satu tahap, tiada lagi yang boleh diberi biarpun berkali mereka merayu..

manusia juga tak akan terpisah dengan perasaan yang pelbagai kerana perasaan itulah yang menentukan siapa kita..baik dan buruk kita terletak pada perasaan..dan perasaan itu lahir dari hati.. jadi, kesimpulannya, semuanya berpunca dari hati...putih hitamnya hati mencerminkan siapa kita...



July 24, 2010

selamat hari jadi

hari ni hari jadinya..aku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR...pasti byk dia impikan untuk hari jadinya tahun ini..aku harap apa yg dia hajati akan terkabul..kerana aku ign dia bahagia dihari jadinya..selama lebih 2 tahun ni aku ign ucapkan selamat padanya dan ari ni hajat aku terkabul..jd utk itu, aku telah puas..TERIMA KASIH TUHAN..krn KAU berikan aku peluang..dan kerana aku telahpun dapat apa yang aku inginkan, tibalah wktu dimana dihari jadinya aku lepaskan dia pergi..SELAMANYA!!

andai dia membaca, ingin sekali aku katakan "terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup aku..mengenalimu aku tak pernah sesal".. semoga hari2 mu akan penuh dgn happiness..

untuk kali terakhir, aku ingin ucapkan..

dihari lahirmu, aku ingin kau senyum dengan penuh bahagia..kerana aku tahu senyuman itulah yang membuat kau istimewa...terima kasih krn slama ni kau snggup melayan aku..tp, aku ign katakn dsini, kebaikan mu itu sbenarnya menyakitkan aku..maaf dari hati tapi aku tak boleh menjadi seorang teman dalam duniamu krn dalam dunia aku, kau bkn teman tp teristimewa..terlalu lama aku memegangmu dihat dan sekarang walau tanpa aku rela, aku akan lepaskan perasaan ini pergi..

akhir kata, semoga berbahagia...