Pages

July 17, 2010

brthday surprise



15 July 2010

12:31 am

Hari ni dorang (along, angah and achik) prank aku for my birthday..mula2 aku dah agak dah tapi tak sangka dorang plan awl dari yg aku jangkakan..first, masa ejey (angah) masuk bilik tasya (achik) aku blurr..xtau nk pikir apa..true or dorang main2 tapi bila angah tengking aku, memang masa tu aku rasa tersirap darah aku nak marah..belum pernah lagi ada orang marah aku macam mana dia marah aku..lepas tu along plak yg kluar dr bilik tuh…lagilah buat aku marah sebab masalahnya aku tak tahu pun salah aku apa smpai dorang marah aku sampai cam tu skali..

Untuk kali yang kedua dalam sejarah hidup aku, aku nangis sampai cam tu skali..tapi, aku puas sebab aku boleh rasa aku penting dalam hidup dorang sepertimana dorang penting dalam hidup aku..for raza (along) sori for hurting u..aku meme tak sngaja..hehe..very sori….buat both my roomates, zatiey and kak mira, tq so much sbb tlg subahat skali..jasamu akan tetap ak kng..hahaha..and for the present, tq very much..i like it..utk seme yg tlg mnjayakan "wakanebeb" versi bru ni, tq all...su, ja, ida, mok, kak yana, yuniey, etc...

Buat kakak2 ku yang tersayang,

Terima kasih atas surprise celebration tahun ni..this is the best tapi aku tak leh nk janji birthday korang aku buat slow2..hahaha..aku just nak Korang tahu bhwa aku sayang korang and our relationship..aku tahu maybe slama ni aku ada buat something yang agak kurang menyeronokkn hati korang tapi, aku janji yang aku takkan buat cam tu lagi..aku sayang relationship ni lebih pada aku sayang pada diri aku sendiri..aku harap 10 tahun lagi, even lebih dari 10 tahun kita akan tetap cam ni..berkongsi segalanya (tapi buke gewe deh..hehehe)..utk hadiah thun ni ak suke giler sbb tddy tu COMEL!!! tp, thn dpn jgn la wi tddy bear ag..aku bukan BUDAK KECIK LA!!!!! last but not least, aku betul2 nak say thank u very much and I luv u all very strong….


preview..


setelah agak lama aku mencari komik ni akhirnya aku jmpa jgk komik ni masa aku kluar lepak ngan member2 ptg td..buku ni hasil karya comic artist yg aku suka, Obata Yuuki..dia ni klu bab mengkarya komik romantik mmg best (bg aku la..)
dua2 komik ni sbnrnya related to one and another..first, prolog: kasih, bukan kau..pstu Obata Yuuki smbung ag karya dia kpd epilog:kasih, hanya kau..
cerita nyer best la gak..psl cinta bdk skolah...

SINOPSIS:
dalam prolog, Chitose n Matsuura ni kire member la..rpt la gak..lps tu satu hari ada bdk baru masuk kls dorang, Mika..Si Mika ni digmbrkan cun n lemah lmbut..dok plak sblh ngan Matsuura yg sblm ni Chitose yg ddk situ.. rmai yg ckp Mika ni smbg bcoz dia tak brckp ngan org laen..pndekkan cerita..satu hari Chitose nmpk Mika n Matsuura pegang tgn..Chitose mmg dr dlu ag suka kt Matsuura tapi, dia tak pnh cakap.. lps tu Chitose pndh skolah sbb ayah dia kna tukar tmpt keje n smpai ke akhir Chitose anggap Mika and Matsuura ni couple...

dlm prolog plak, lps Chitose msuk high skul, dia jmpa ag ngan Matsuura n Mika..tp, dia dgr yg dorang dh break off..sbbnyer tak sape yg tahu..dlm komik ni agk2 ad konflik ckit..klu nk tau baek bli n bace sndiri..hahahah





July 02, 2010

sayonara...


esk,everything will be back to normal..
esok aku akan berada dalam kalangan orang yang sibuk mengejar apa yang mereka inginkan...
esok aku akan kembali menjadi seorang pelajar yang sentiasa mengejar cita2nya..
segala apa yang tertanam akan dibuka sekali lagi hinggalah aku mendapat apa yang aku inginkan..
buat teman2, tak sabar rasanya utk say "hello" bila bertemu esk..
buat family ku..bai2..tapi i'll be back..hahhaha..

perjalanan aku masih panjang..jalan yang dituju masih lagi jauh..
aku perlu menempuh pelbagai lagi halangan dan rintangan untuk aku sampai ke destinasi yang aku tetapkan...
hati masih perlu kekuatan untuk berjuang demi masa depan..
minda masih lagi perlu bekerja kuat..
kehidupan masih lagi memerlukan pengorbanan...
kata orang, untuk mendapatkan sesuatu yang berharga, kita perlu mengorbankan sesuatu yang berharga..
dulu, aku tak percaya itu..tapi sekarang aku mulai sedar dan perlahan2 hati aku menerima ungkapan itu..
ya!! kita perlu mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu..

apa agaknya yang akan terjadi lima tahun dari sekarang??
adakah aku tetap aku..
atau aku menjadi orang lain??
adakah aku akan memiliki apa yang impikan selama ini??
atau aku akan terus tenggelam dengan mimpi dan angan2 sendiri??
adakah aku akan memiliki kebahagian yang aku idamkan??
atau kebahagian itu akan semakin hari semakin jauh dari aku??

tak sabar rasanya untuk tahu apa yang akan terjadi nanti..
tapi, hidup adalah pilihan..
semuanya ditangan aku sama ada aku ingin hidup dan menjadikan mimpi aku satu kenyataan..
atau aku memilih untuk terus hidup dalam mimipi aku sndiri..
semuanya di tangan aku kerana aku yang memilih..
jalan hidup aku sendiri...



July 01, 2010

perasaan yang ntah ape2..



Walaupun brkali2 aku cuba yakinkan hati ak tak merinduinya tapi realitinya aku merindui dia…

Walaupun betapa aku ingin seluruh dunia tahu aku mencintainya tapi aku tak berdaya…

Aku cuba menjerit sekuat hati aku tapi sayang suara itu hanya aku yang dengar…

Perasaan ini membunuh aku sedikit demi sedikit..ianya membunuh aku tanpa siapa pun tahu…hanya coretan yang mampu aku karyakan untuk aku hilangkan perasaan ini walaupun hanya sedikit cuma..kenapa adanya dia dalam kehidupan aku??

Ingin sekali aku ucap andainya dia ingin benar2 hilang, hilanglah dan jangan pernah muncul lagi..tapi aku tak terdaya menyatakan itu kerana aku lemah..YA!!!AKU LEMAH..dan aku benci aku yang sebegitu…

Waktu tak lagi menjadi pengubat yang mujarab buat aku kerana walau kapanpun aku tetap tak boleh melupakan dia..aku sering bertanya adakah ini balasan atas apa yang telah aku lakukan…

Andai aku boleh meminta.aku pasti akan minta dia untuk tahu betapa aku inginkannya tapi tak semua yang kita inginkan akan kita miliki…begitu juga soal hati dan perasaan…

Aku benar2 berharap suatu hari nanti aku akan melupankannya dan menganggap dia hanya kenangan terindah yang pernah ada dalam hidup aku…